Monday 10 September 2012

sikap manusia yang susah nak terima nasihat...

Assalamualaikum semua readers!,,, emm... dah baca bab 1 ??? insyaAllah.. malam ni fiez akn post kan sambungan bab 1 .. bab 1 belum habis sebenarnya.. huhu.... fieza harap korang sukakannya .. budak baru belajar nak buat novel lah katakan... maaflah kalau xsedap,, comment lah kalau ada yang terkurang or tak sedap.. fieza boleh perbaiki..

Emm ... sekarang ni fieza nak buat entry pasal sikap manusia yang susah dan memang tak makan dek nasihat.. orang dah nasihat berbakul2 but still same , not change at all.. emm .. fieza tulis ni based on apa yang fieza lihat n perhatikan..

Manusia jenis macam ni memang tak digemari oleh ramai orang .. xramai orang yang boleh bertahan dengan orang macam ni.. orang seperti ini harus diubah sebelum menjadi semakin teruk... emm ,, orang seperti ini tak boleh di nasihat dengan emosi tapi dengan psikologi.. emm ,, kalau kita nasihat dengan menggunakan emosi ,, tidak ada guna malah dia akan melakukan sesuatu yang lagi bahaya..

Kita seharusnya melayan n menasihatinya menggunakan ilmu psikologi... emm.. kita kenalah memahami perasaan orang seperti ini.. biasanya orang seperti ini perasaan mereka dalam keadaan bercelaru.. mereka kurang pasti dengan perasan mereka sendiri..  mereka suka menafikan apa yang benar.. mereka suka menyalahkan orang lain diatas kesalahannya sendiri..

Mereka seperti ini sukar untuk meluahkan kemaafan... mereka lebih suka apabila orang lain yang meminta maaf sedangkan sebenarnya dia yang patut memohon maaf.. orang ini egonya tinggi.. sukar untuk menerima teguran.. apabila diberi teguran ,, mereka akan rasa mereka tak patut ditegur kerana mereka berasa diri mereka melakukan perkara yang benar padahal ia sebaliknya...

Untuk menghadapi seseorang seperti ini ,, kita haruslah mempunya emosi yang kental, kita haruslah pandai control emosi ,, kita haruslah tahu serba sedikit tentang ilmu psikologi.. kita haruslah sentiasa bersabar dengan orang macam ni ,, kita tidak boleh cepat melenting.. nanti mereka takkan dengar nasihat kita..

Satu lg kalau nak hadapi orang sebegini kita haruslah mempunyai perancangan yang teliti ,, kita haruslah bersedia dr pelbagai aspek.. kita haruslah tunjukkan yang kita bersungguh nak nasihatkan dia .. insyaAllah dia akan dengar nasihat kita,..

Dalam menasihati manusia seperti ini seseorang yang tidak mudah berputus asa amat diperlukan.. orang yang cepat mengalah memang tidak boleh ubah perangai orang macam ni..

But before kita kita nasihatkan orang kita mestilah audit diri kita dahulu.. kita mana lah boleh nasihatkan orang kalau diri kita sendiri buat kesalahan itu kerana orang tak akan menerima nasihat yang diberi oleh orang yang melakukan kesalahan itu sendiri..

Manusia seperti ini sebenarnya tak patut di blame kan tapi patut dibimbing n dinasihatkan supaya mampu tdengar n terima teguran orang ..

Tiada yang sempurna melainkan yang sempurna iaitu ALLAH S.W.T... semoga kita tak tergolong dalam golongan yang sukar untk menerima teguran n suka menafikan kesalahan sendiri ...

Marilah kita bersama-sama menghadapi orang seperti ini n jom kita ubah perangai mereka..Allah pernah berfirman yang maksudnya ,,, "Sesungguhnya Allah tak akan mengubah nasib seseorang itu jika dia sendiri tidak ingin mengubahnya"(maaflah kalau ada yang salah)... berubah lah kerana Allah bukan kerana manusia..

Baiklah.. sampai disini sajalah untuk entry kali ni .. insyaAllah.. kalau ada masa ,, peluang n ruang .. kita jumpa dalam entry yang seterusnya..thanz sebab sudi baca entry ni sampai habis. hihi .. maaflah kalau ada maklumat yang salah... okeylah.. i need to go! Assalamualaikum semua ...