Friday 7 June 2013

Buat insan bernama lelaki..

♥ SEORANG LELAKI IDAMAN ♥ .... Biarlah dia seorang yang buta Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin,Gaza, dan seumpamanya ~Biarlah dia seorang yg bi...su Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran ~Biarlah dia seorang yg bakhil Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah Kembali megah di muka dunia ~ Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang SYAHID..♥


(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ

´*.¸.•´♥` W@n!t@...✿

✿ Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman,

✿ Segar mewangi di pelusok dunia,

✿ Setulus kasih sesuci embun,

✿ Lembut wanita kerana tutur katanya,

✿ Mesra wanita kerana senyumannya,

✿ Cekal wanita kerana keberaniannya,

✿ Patuh wanita kerana setianya,

✿ Sabar wanita kerana imannya,

✿ Kasih wanita kerana belaiannya,

✿ Lemah wanita kerana air matanya,

✿ Ikhlas wanita kerana simpatinya,

✿ Dendam wanita kerana cemburunya,

✿ Sayang wanita kerana sifat keibuannya..~
ALLAH...

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…

Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Esa…

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…