Saturday 16 August 2014

CINTA SYURGA

Kisah seorang anak yang comel mahu mengenal cinta. Di hati telah tercoret satu nama yang berjaya menambat jiwa. Namun dia tertanya, adakah itu perasaan yang benar? Lalu diadukan kepada abinya.


"Abi, jika kita menyukai seseorang, bagaimanakah kita mahu mengenalpasti perasaan itu adalah benar kerana Allah bukan nafsu?
Adakah istikharah satu-satunya solusi yang ada?"

Abi tersenyum mendengar soalan si anak. Lalu dengan tenang menjawab,
" Kalau kita mencintai seseorang kerana Allah, maka kita akan memelihara diri kita dan dia dari terjerumus ke arah kemaksiatan. Kita akan menjadikan dia halal bagi kita secepat mungkin.
Kalau cinta kerana nafsu maka dia akan memberi alasan seperti masih muda, x cukup duit, belajar lagi dan sebagainya. Call n mesej kita dengan perkara yg tidak penting. Suka melakukan perkara yg lagho dan lalai walupun mesej bertanyakan khabar.
Terus masuk meminang dan nikah. Ingat syaitan akan menjadi org ketiga diantara kita dan dia.
Istikharah bermaksud berserah segalanya pada Allah dan sebaik-baik istikharah adalah dengan solat. Mmg sebagai hamba solusinya adalah Allah yg utama.
Jodoh ada 3 macam :
1. Jodoh dari Allah : kamu berdua berpandangan mata, yang akhirnya menusuk ke kalbu. Kamu meminang dia, dan dia menerima pinangan kamu. Lalu kamu bernikah. InsyaAllah kekal selamanya.
2. Jodoh dari jin : kamu berdua berkenalan. Kamu suka dia. Tapi dia tidak suka kamu. Akhirnya cinta di tolak dukun bertindak, dan akhirnya dia mahu menikah denganmu kerana sihir.
3. Jodoh dari syaitan : kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan dan terus buat maksiat, akhirnya si wanita hamil dan baru kamu menikah.
Tambahan daripada abi :
4. Jodoh dari nafsu : kita berkenalan dengan dia dan melanggar batas ikhtilat walaupun kecil. Sudah sekian lama berkasih sayang baru bernikah."

Si anak masih tidak berpuas hati. Lalu di tanya lagi.
"Bolehkah meluahkan perasaan sebelum istikharah?
Adakah itu tindakan yang bijak kerana ingin menyegerakan hal yang baik atau tindakan yang terburu-buru?
Bagaimana kita nak tahu bahawa jawapan dari istikharah itu adalah petunjuk dari Allah bukan dari nafsu atau pengaruh persekitaran?"
Abi meneruskan,
"Perasaan adalah anugerah Allah yg begitu indah, cuma bagaimana kita mengendalinya. Dengan nafsu atau dengan akal. Kalau dengan nafsu maka jadilah tindakan terburu-buru. Jika dengan akal maka terjadilah istikharah.
Tiada tanda istikharah daripada syaitan, sebab syaitan tidak ada pada perkara syubhah. Syaitan ini jelas kearah kemungkaran sahaja. InsyaAllah jika kita istikharah, maka jawapannya dari Allah sama ada positif ataupun negatif."
Bulat mata si anak keterujaan mendengar jawapan abinya. Dilanjutkan lagi dengan pertanyaan yang sudah lama bersarang dalam dirinya.
"Saling menyukai itu tidak salah kah?
Tapi bagaimana mahu mengawal perasaan serta ikhtilat?"
Abi menghembuskan nafas perlahan sebelum meneruskan bicaranya,
"Soalan ini berkait juga dengan soalan kedua. Cuma kena ada mujahadah dalam mengawal rasa rindu dan cinta.
Selagi dia belum halal buat kita maka jangan ada percakapan atau hubungan dua hala yg tiada mahram.
Contohnya telefon dan mesej, ianya hubungan dua hala yg tiada mahram dan syaitan akan jadi mahramnya nanti. Walaupun pada peringkat awal hanya bertanya khabar tapi akhirnya akan terjadi gelak tawa dan sebagainya. Ikhtilat wajib dijaga."
Mula memahami apa yang cuba disampaikan abinya, si anak meminta suatu kepastian,
"Wajarkan perasaan itu diluah apabila kita menyedari masih ada halangan untuk bernikah?"
Tersenyum melihat si anak yang pelbagai kerenah ini, abi menjawab tenang,
" Luahkanlah perasaan itu dengan meminang. Itu lagi mulia. Kalau luah dekat luar ni hanya bisikan syaitan sahaja. Islam ini agama yang mudah untuk hambanya. Pokoknya keimanan kita kepada Allah."
Ibarat petir memanah hati.

Si anak sedar dia telah terbuai dengan cinta duniawi. Air mata seakan mahu mengalir, ditahan.
Dalam sebak dia bertanya,
"Bagaimana nak menghentikan semua ni tanpa ada pihak yang berkecil hati?"
Abi yang memahami kemelut jiwa anaknya menasihati,
"Buatlah kerana Allah, nescaya Allah bersama dengan kita. Jodoh semunya dari Allah bukan nafsu, syaitan atau manusia."
Bagaikan tersedar dari lamunan, si anak pantas bertanya,
"Kalau kita dah terbuat larangan tersebut seperti berSMS sebelum nikah, perlukah solat sunat taubat atau cukup sekadar berhenti berbuat demikian?"
Abi menerangkan,
"Setiap perkara yg membuatkan kita terlupa pada Allah adalah satu asi. Dan bertaubat kena pada setiap masa sebagai tanda seorang hamba. Sekurang-kurang taubat adalah menyebut astaghfirullahalazim.Menyesal dan tidak akan buat lagi"
Si anak terus beristighfar dan bertekad untuk berubah.
" Aku mahu menjadi mahal "
" Aku ada wali "
Abi pula terus menerus memanjatkan kesyukuran d
i dalam hati melihat perubahan anak yang dikasihi.
Alhamdulillah.,

Thursday 14 August 2014

LA TAHZAN SAYANG


Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.


Sahabatku ,



Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.



Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.



La tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.

Bersyukurlah. Beruntunglah.

Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.

Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.

Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.

Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.

Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.

Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.

Berbaik sangkalah dengan aturanNya.

Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.

Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.

Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.

Takdir Allah is something yang unexpected.

Miracle things may come soon. Soon.

Engkau harus percaya.

Ya, percaya.

La tahzan.

Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.

Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.

Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.

Itu pasti.

Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.

Tak mampu nak bangun.

Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.

Just beside you.

Selalu.

Allah akan ubat luka di hati kita.

Perlahan. Perlahan.

Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!

Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.

Tak mudah. Siapa kata mudah?

Tapi inilah kasih sayang Tuhan.

Berdamailah dengan takdirNya.

Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.

Dan tertulis di Luh Mahfuz.

Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.

Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.

Pasti akan damai hatimu.

” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]

La tahzan. Kesatlah air matamu.

Allah ada.

Allah tahu.

“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]

Dan 

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” 
-Hasan Al-Banna-

La tahzan,
Jadilah muslim yang paling bahagia!

BICARA PUAN STRES


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum mawar agama sekalian :');

USRAH : STRES

Ada apa dengan stres? 

"Arghhhh aku stres betul. Macam² assignment kena buat blablabla..."

Remaja dengan stres. 
Dah sebati, macam adunan blueberry cheesecake tu  

Bila stres mulalah mengeluh, merungut, membebel itu ini, buat itu tak kena ini tak kena.
Masha Allah *geleng kepala* 

Hey hey tolong tepi sikit~

Rasanya stres tu datangnya daripada mana? 
Daripada Allah. Ya .

Haa tahu takkk? 

"Tak tahuuuuu...." 

Heh diammah, ada je tau yg menyampuk. Iklan sebentar.

Stres tu MAGNET TUHAN UNTUK HAMBANYA .

"Err... Apa maksudnya ya?" 

Haaa... Means Allah datangkan rasa stres kat kita tu supaya kita ingat kat Dia, supaya kita rapatttt dekatttt dengan Dia. 
Haaa perasan tak? *angkat² kening* 

Manusia normal mmg akan berdepan dgn jutaan masalah setiap hari. 
Sooo sewajarnya kita memilih cara yang sesuai untuk mengatasinya. 

Bukannya mengeluh atau berputus asa. 
Apatah lagi lari drpdnya enn.... 
Kalau macam tu sampai forever and evahhhh takkan selesai masalah.
Padan muka huahua ....

Sudah menjadi rencana kehidupan manusia yg dihiasi dgn ujian dan cabaran. 
Husnudzon dgn Allah.
Kita perlu tahu yang Allah datangkan kita ujian ini bersebab, ada tujuan.

Yang pertamaaaa :-

..BUKTI KEIMANAN
kelapangan dan kesempitan dalam kehidupan sentiasa berulang supaya kita sentiasa bersyukur dan berusaha 

Tanpa ujian, kita takkan dapat memastikan prestasi iman kita berada pada tahap mana. 

Haaa.. Sebab tulaaa Alah bagi reminder kat kita tau.
Selak tafsir meh meh 

"Dia yang menciptakan kematian dan kehidupan krn menguji kamu semua siapakah yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun."
(Surah Al Mulk : 2)

See? So dengan ujian nilah baru terbukti prestasi keimanan kitaaa. 
And for sure, itulah yg buatkan iman kita menjadi lebih sadooo 

Okay yang keduaaaa :-
..TANDA KEAMPUNAN
Stres dan kesempitan yg kita alami ni tak lain tak bukan hanyalah nikmat drpd Allah 

Yekeee? Ya.
Bagaimanaaaa? 

Okay begini.
Rasulullah memujuk :

"musibah, keperitan, stres, kesedihan dan kesakitan, sekalipun terkena duri yang menimpa seorang Muslim, semuaaaaanya ini ialah pengampunan Allah terhadap dosa yang telah dilakukannya."
(Riwayat alBukhari)

Imagine aaa kalau life kita sering dilanda ujian ini yg sebenarnya membantu kita mendapat keampunan daripada Allah SWT. Bukankah ini nikmat yg lebih bernilai? 
Masha Allah 

Jadi, seandainya kita diberi nikmat dan ujian, kita patut bersyukur, dan bersabarlah kerana itu proses peningkatan iman dan pahala kepada kita.
Yeayyy 

Bermujadahlah mengharunginya, in shaa Allah hati akan kebal pada masa yg akan datang 

Ehhh stres ada talian hayat tau 

SABAR. YA.

SABARLAH.
Dari sini sebenarnya ia memberi kita ruang dan masa untuk kita reset diri kita.
Untuk kita lihat hubungan kita dengan Allah macam mana.

Sekiranya renggang, perbaiki lah semula dan kembali lah padaNya 

Dan dari situ juga kita dapat tahu potensi diri kita, kita dapat lihat kekuatan dan kelemahan diri kita 

Teruskan bersabar dan jangan sesekali bertindak mengikut emosi 

SOLAT .
YAAAAA solat ni pun talian hayat stres !

Dengan solatlah kita luahkan perasaan dan emosi kita yg tertekan itu dengan merintih kepadaNya 

Solat itu kan umpama talian tanpa wayar seorang hamba dengan Allah. Inilah talian hayat seorang hamba apabila mengalami kekusutan dan masalah dalam kehidupannya.

Oleh sebab itu, jangan sesekali dibiarkan talian itu terputus 

Rasulullah mengajar kita sepotong doa, 

"Ya Allah, janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata."
(Riwayat Abu Daud)

Mengapa?
Kekuatan dan kudrat kita terbatas ..

Apa yang terbaik untuk diri sendiri pun kita tak tahu.
Mana mungkin kita mampu mengharungi segala ujian hidup tanpaNya.

Maka sandarkanlah segalanya kpd Yang Maha Esa .

..JALAN KELUAR

"streslah."

"Apa yg menyebabkan kau stres?"

"Aku pun tak pasti."

ini krisis yang selalu dihadapi oleh remaja.
Kan kan kan?

Macam² hal.
Hal remeh temeh pun boleh mendatangkan stres.

Kegagalan mengurus stres menyebabkan masalah bertambah tanpa sebab 

Sooooo 
Binalah definisi stres kita sendiri.
Jangan biarkan diri terhimpit dengan stres yang tidak munasabah.

Bijaklah dalam mengurus apa jua situasi yang dihadapi 

Solution : Ambillah alQuran dan sunnah sbg rujukan.
Jika inginkan teladan, sudah pasti teknik Rasulullah mengurus kehidupannya itu yg thorrbaeq 

Percayalah , seberat mana pun masalah atau stres yg kita hadapi, pastinya ada jalan keluar.

C'mon, serapkan diri kita yg STRESS ITU BEST ! 

BERHIJRAH...? MUDAH KE...?

"Ingat senang?" "Ingat senang nak berubah?" Dari pakai tudung pendek hingga pakai tudung labuh? Dari tak pakai handsocks hingga pakai handsocks? Dari tak pakai stokin hingga pakai stokin? Dari pakai seluar jeans hingga pakai seluar straight cut? Dari pakai baju ketat hingga pakai baju longgar? Dari gelak "HUAHUAHAHA" hingga gelak tutup mulut? Dari solat tak cukup lima waktu hingga cukup lima waktu? "Ingat senang ke?"

Tak.


Saya serius cakap. Saya tahu memang tak senang. Payah. Perit. Bukan mudah. Sebab apa? Kenapa tak mudah? "Mujahadah Itu Pahit kerana Syurga Itu Manis." Setiap perubahan kearah kebaikan yang kita buat, tiada jaminan ianya mudah.

Tapi yakin satu benda. Allah ada bersama kita. Allah ada disetiap langkah kita. Allah ada untuk membela kita. Allah ada untuk menguatkan kita. Allah ada untuk memujuk kita.

Percayalah, setiap manusia itu Allah anugerahkan sepasang kasut yang berbeza. Manusia itu sifatnya berubah. Jika pada saat ini, kita rasa yang kita sendiri tak layak jadi A True Muslimah, macam yang lain, jadilah A Rare Muslimah.

Mereka jarang di dapati. Normal, bila nak berubah, people will judge you without knows how your life.

Setiap manusia dugaan dan perjalanannya berbeza. Ada yang lurus, ada yang bengkang bengkok. Tak perlu berubah kerana mengikut manusia, tapi berubahlah kerana Dia.

Percayalah, lebih indah perubahan itu jika kerana Dia. Kerana Allah.

Satu tips dari saya yang tak sempurna ini, janganlah bandingkan diri kita yang tengah bersusah untuk berubah dengan orang yang dah jauh berlari sebab itu akan mudah buat kita rasa down untuk terus berubah ke arah kebaikan.

Sebaliknya, kita mesti bandingkan diri kita hari ini dengan yang semalam. Semoga hari ini lebih baik dari yang semalam. Semoga hari ini, malah detik ini kita akan lebih rasa bersemangat untuk memenangi Pandangan dan Redha Allah.

Jika ada yang menghina dan mengejek kerana penghijrahan kita, senyumlah dan mengadulah pada Allah.

Jangan patah balik hanya kerana kejian dan cacian mahupun kata-kata manusia.

Teruskanlah melangkah kerana Allah. Teruskanlah melangkah untuk menjadi hamba Allah yang Terbaik diantara yang Terbaik.

Percayalah, Allah pasti kan bantu! Berbahagialah dan tersenyumlah dengan Penghijrahanmu..betapa Baik-Nya Allah sudi memberikan nikmat hidayah.

Sesungguhnya kitalah orang yang paling bahagia jika kita orang yang Beriman...

Friday 8 August 2014

Khas Buat Para Mad'u

Assalamualaikum wbt dan salam sayang daripada Fieza buat para sahabat bakal penghuni syurga sekalian..

ini ialah sebuah kalam yang Fieza create special untuk para sahabat yang ada rasa ingin berubah..
Alhamdulillah..

TAHNIAH!

You all patut bersyukur sebab Allah dah campakkan suatu kemanisan didalam hati kamu..
bukan semua diantara kita yang Allah bagi hadiah berharga ini tau..

"Hidayah itu cahaya petunjuk Allah.. Allah akan mencampakkan hidayah itu ke dalam mana-mana hati hambaNya yang dikehendakiNya kerana Hidayah itu Milik Ilahi"

"hanya orang yang dikehendakiNya" maka sedarilah yang kamu adalah orang yang terpilih..
SubhanaAllah.. Bahagialah hati-hati yang menjadi pilihanNya..

Berubah ini bukan yang biasa jadi baik sahaja.. Tetapi ia juga merujuk kepada seseorang yang baik ingin menjadi lebih baik dan yang terbaik ingin menjadi lebih lebih baik daripada sebelumnya..

Sayang..
Bila mana Allah dah give u this special gift.. janganlah duduk termangu lagi..

you have 2 choices..
you can run to get that chance..
second, u can just leave it..without do anything..

Pilihan ditangan kita!

kita boleh run to that... but we have to know cara untuk 'berlari' agar tidak tersungkur ditengah perjalanan panjang tu..
im not saying yang kita tak boleh jatuh tetapi im afraid if kita terjatuh dan tak mampu nak bangkit lagi.. parah right?
its better kalau kita mulakan dengan satu langkah..merangkak..berjalan then berlari.. jika tersungkur sekali pun kita masih boleh bangkitkan? 

sebab....
kita mulakan perjalanan kita dengan satu persatu langkah.. kalau jatuh tu tak lah sakit sangat.. still boleh merangkak kan?

"jangan tergesa-gesa..jangan tertangguh-tangguh'

heyy...

haa..faham kan maksudnya?

jangan lah tergesa-gesa dalam melakukan penghijrahan..
TETAPI..
jangan tertangguh-tangguh dalam melakukan suatu anjakan paradigma hati supaya lebih utuh dalam mengejar cinta Ilahi yang akan meresap masuk ke dalam hati-hati hambaNya yang berusaha dan berdoa..

so my dear..

bila mana Allah dah campakkan rasa tu dalam hati u all..
janganlah lambatkan langkah ke arah yang sepatutnya k?

dan jangan lah pula berlari tanpa buat apa-apa persediaan..
nanti jatuh..luka..tak boleh bangun dah..

Ingatlah..
Allah amat menyukai hambaNya yang meniti jalan-jalan yang menuju ke arah mardotillahNya..

grab this chance!

Jangan malu nak berubah taw..

Penghijrahan bukan sahaja dari segi pakaian.. Hati yang nazak*bak kata Inche Kopiah"sepatutnya masuk dalam ICU"* pun harus dibersihkan dan di hijrahkan supaya hati semakin sihat..

Always TAJDID niat k.... 

Let niat kita selalu betul kerna Allah..
Kerna hati kita ini mudah dibolak balikkan..
Biarlah hati kita ini sentiasa diatas paksi kebenaran supaya kita tdak tergelincir.. 

"BERUBAH TAK PERLUKAN KEKASARAN KERANA SELAMA-LAMANYA KELEMBUTAN TAKKAN PERNAH TEWAS DENGAN KEKERASAN"

*selamat kan hati kita sebelum ia masuk ICU*

Semoga kita semua sentiasa dipandangNya dan dimasukkan Nur Ilahi ke dalam setiap hati diantara kita semua..insyaALLAH..

Wahai sayangku..
Allah merindui kita kerna itulah ujianNya datang menimpa..
Jangan pernah mengeluh..
Bersyukurlah kerna kita masih diperhatiNya..
Berbahagialah kerna Allah masih mengambil berat tentang keadaan HATI dan IMAN kita ..

Sekian..

Salam Sayang daripada Pendosa Tanpa Noktah..
~SITI NURHAFIEZA HARON~

Friday 20 June 2014

Ya Allah.. Berikan aku cinta..

                                               Walau aku senyum bukan berarti                                               Aku selalu bahagia dalam hari                                               Ada yang tak ada di hati ini                                               di jiwa ini Hampa…
                                               Ku bertemu sang adam di simpang hidupku                                               Mungkin akan ada ceita cinta                                               Namun ada saja cobaan hidup                                               Seakan aku hina
                                               Tuhan berikanlah aku cinta                                               Untuk temaniku dalam sepi                                               Tangkap aku dalam terangMu                                              Biarkan lah aku punya cinta                                              Tuhan berikanlah aku cinta                                               Aku juga berhak bahagia                                              Berikan restu dan halalMu                                              Tuhan berikan aku cinta...

Thursday 19 June 2014

A While

assalamualaikum wbt readers!

hope korang semua sihat ya..
alhamdulillah.. fieza masih diberikan kesempatan untuk mengisi entry kali ini..
maaf dipinta kerna sudah lama blog ni terbiar..

alhamdulillah.. almost 3 weeks im here! As sofa islamic college..
i have many story to share  with all of you.. 
but now i gtg!

dont forget our date tonight! insyaAllah.. doakan fieza ya guys.. 
i have to attend Arabic class .. 

doakan fieza.. love and hug..

Assalamualaikum..

Sunday 13 April 2014

Aku sudah bertunang dan bakal menikah..

Really deep!~ 
ya RABB.. adakah husnul kahtimah pengakhiran hidupku? :'(
Bismillah.
Aku sudah bertunang.
Hari-hari yang berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ia baru beberapa minggu lalu.
Ya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada.
Terkadang, terasa nusrah Illahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung.
Maha suci Allah yang mengangkat aku kembali di jalan tarbiyyah, dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihatku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.
Aku tidak buta tidak juga tuli, mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, juga aku biasa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia yang lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani.
Aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti.
Aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia, menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.
Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama, Negeri Barzakh, Insya-Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku yang berseri, dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tanganku yang memakai cincin di jari manis.
Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan, dan tidak pula menidakkan. Diamku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diamku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan bertuah itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab penuh dengan tatasusila.
“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”
Aku menjawab tenang ... “Warna putih ,bersih..”
“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”
“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubbah. Jangan berlebihan.”
Ibu mengangguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu persatu ... helaian demi helaian naskhah yang begitu meyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah.
“Malam Pertama..”.
Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya, tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya, kerana aku akan tetap sabar menanti hari bahagia tersebut.
Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak dari hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang Al-Quran.
Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudha meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh.
Mudah-mudahan aku tenang. As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
“Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
“Insya-Allah. ‘Dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.”
Berita itu membuatkan beberapa orang mula menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku diamkan perkara yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
“Jangan lupa jemput ana di hari pernikahan nanti, jangan lupa!”
Aku hanya tersenyum entah keberapa sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandaikan aku sedang berbahagia, apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan diriku dengan Allah.
Sahabiah juga merasa kehilanganku, apabila setiap waktu terluang aku habiskan dengan as-Syifa’ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
“Bila enti menikah?”
Aku tiada jawapan khusus.
“Insya-Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu.”
Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
“Jemput ana tau!” Khalilah tersenyum megah.
“Kalau enti tak datang pun ana tak akan berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!”
Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahanku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
“Insya-Allah, kalian pasti akan tahu bila sampai waktunya nanti.”
Rahsiaku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya.
Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu, tanpa menikah secara mengejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakana sekali lagi kepada ibu.
“Usah berlebihan ya.”
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
“Insyirah, jom makan!”
Aku tersenyum lagi. Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
“Tafadal, ana puasa.”
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
“Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat. Tarikhnya tak tetap lagi ke?”
“Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut.
Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
.


“Innalillahi wainna ilaihi rajiun..”
“Tenangnya. SubhanaAllah. Allahuakbar.”
“Ya Allah..tenangnya..”
“Moga Allah memberkatinya..”
Allah, itu suara sahabat-sahabatku, teman-teman seperjuanganku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemputnya sendiri.
Akhirnya, mereka mengetahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok dia’ yang mengkhitbahku.
Dalam sedar tidak sedar …
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahanku. Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya Illahi.
Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Engkau.
Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat.
Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba-Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui.”
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian.
“Insyirah bertunang dengan siapa, makcik?”
Ibu menjawab tenang.
“Dengan kematian, wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki, juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”
“Allahuakbar.”
Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama.”
Ibu angguk, tersenyum lembut.
“Ini nak, bukunya.”
Senaskhah buku bertukar tangan, karangan Dr Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk,
“Malam Pertama di Alam Kubur”.
“Ya Allah, patutlah Insyirah selalu menangis. Khalilah tak tahu makcik.”
“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.”
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku dirisik oleh maut. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan maut.
Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diriku kepada Allah. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari Allah yang perlu dipulangkan apabila Allah meminta.
Dan ibu mengambil 'ibrah' bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaknya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”

Wednesday 26 February 2014

SAAT INI~

Jika kita sedang persiapkan diri kita agar menjadi lebih baik, dia pun lakukan perkara yang sama..
Jika kita disini menjaga hati, mata, lidah, dia disana turut menjaganya..
Jika hari ini kita terpisah jauh, suatu masa kita kan bertemu jua..
Jika saat ini engkau berduka cita, aku berdoa agar engkau tabah kerana ALLAH ada..


kamu, biarlah saat ini aku menutupi wajahku..
daripada tontonan umum..
dengan sehelai kain hitam..

kamu, biarkan aku terus menjaga auratku..
daripada ditatap bukan mahramku..
dengan pakain yang labuh, longgar dan besar..

kamu, biarlah aku menyimpan hasrat untuk berhias buat masa ini..
kerna suatu masa nanti..
bila dua hati disatukan..
dengan lafaz ‘aku terima nikahnya Siti Nurhafieza Binti Haron dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran’
akan ku perhiaskan diriku hanya buat kamu yang halal bagiku kerana ALLAH..



Akan ku terus berjalan..
Mengorak langkah..
Menuju jalan yang diredaiNya..

Akan ku terus merangkak pulang..
Kepada yang Maha Esa..
Agar hati kembali tenang..

Akan ku terus meniti..
Segala kepahitan..
Untuk terus istiqamah dengan penghijrahan ini..

Akan ku terus berlari..
Mendapatkan cinta dan kasih sayang..
ALLAHU AZZA WA JALLA dan NABI MUHAMMAD yang kukasihi..



Ku cuba..
Untuk terus tabah..
Dalam menempuh hidup yang masih berbaki..

Ku cuba..
Untuk bersabar..
Dalam perjalanan istiqamahku..

Ku cuba..
Untuk terus bangkit..
Daripada setiap jatuhku..

Ku cuba..
Untuk terus tersenyum..
Tatkala ada yang mencaci..

Ku cuba..
Untuk terus erat menggengam tangan agar tak terlepas kemarahan..
Disaat kesabaranku diuji..

Ku cuba..
Untuk terus kuat..
Demi orang yang ku sayang..

Ku cuba..
Untuk terus kuat..
Kerana ALLAH sumber kekuatanku..



RESEPI PERKAHWINAN BAHAGIA




Assalamualikum wbt.
Malam ini inginku berkongsi sebuah resepi perkahwinan agar mahligai yang dibina terus utuh..
Jangan salah tafsir. Diri ini hanya sekadar berkongsi walaupun ana belum lagi menempuhnya. Sekadar ingin mengajak para sahabat agar menyiapkan diri dengan agar resepi dibawah dapat kita ‘masak’ nanti bila waktunya sudah tiba. insyaALLAH.. segala yang baik dating dariNya, yang buruk dating dari diri ana yang serba kekurangan. Mohon teguran ya ukhti wa akhi jika ada tersasar J
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum hati dan iman..
Izinkan ana mencoretkan resepi bahagia..
Agar jasad, hati dan iman dapat terus bersama..
Berusaha untuk membina sebuah keluargaa yang sakinah mawardah..

2 kg         : penuh pegangan teguh kepada ALLAH dan ajaran agama Islam
1 kg         : rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara
1 kg         : rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan : rasa tanggungjawab
3 cawan : daya penambat hati (daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati )
2 cawan : penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
2 cawan : perikemanusiaan
2 cawan : keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan
1 cawan : rasa kepuasan dan kefahaman
1 cawan : budi bahasa
1 cawan : perasaan bertimbang rasa
1 cawan : tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan-kelemahan para sahabat
2 gelas  : ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan : peruntukkan kewangan yang mencukupi
2 orang : anak kecil sekurang-kurangnya
4 cawan : penuh pengucapan maafkan daku ( ini juga sangat penting untuk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit : campur tangan mertua. Curahkan kerjasama yang perlu dan persediaan kerja berpasangan dn perkongsian

Cara membuatnya atau mengamalkannya :

1.       Kita adunkan dengan cermat semua bahan di atas dan asingkan rasa  cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.

2.       Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan  kejujuran.

3.       Hiaskan dengan dua orang anak kecil bolehlah ditambah mengikut citarasa dan kemampuan diri masing-masing.


PERINGATAN :
JANGAN SEKALI-KALI DIHIDANGKAN DENGAN SIKAP DINGIN DAN LIDAH YANG BERBISA. MAKANAN KALAU SESEDAP MANA PUN JIKA DIHIDANGKAN DENGAN SIKAP DINGIN AKAN MENJADI HAMBAR. HIASKAN DENGAN SENYUMAN MANIS PENUH KASIH SAYANG.