Wednesday 19 December 2012

berniqab.... insyaALLAH..




Assalamualaikum semua.! Alhamdulillah. Ni entry terakhir untuk setakat ini.hihi. sekali update, terus 2. Ish3 apalah fieza ni kan.. haaaa!!!!!!.... amacam title kali ni?? Okey tak. Okey.. berniqab iaitu berpurdah. Itulah impian yang dah lama fieza simpan. Hati ini teringin sangat nak berniqab. Fieza suka tengok niqabis. Tenang je. Alhamdulillah, dalam hidup fieza, fieza dapat berjumpa dengan ramai niqabis. Setiap kali terjumpa niqabis, hati ini terasa dekat dan ingin mendekati mereka. Jika fieza terjumpa mereka, fieza akan memberanikan diri menegur mereka. Alhamdulillah. Fieza mempunyai seorang sahabat yang memakai niqab. Aina a.k.a Dhiya. Dia seorang niqabis. Subhanallah. Masyalah. Cantik sangat. Ramai sahabat fb fieza yang ingin berniqab. insyaAllah. Suatu hari nanti kita akan berniqab.
Iman, Nur sedang cuba untukperbaiki diri Nur. Iman, doakanlah suatu hari nanti Nur akan berniqab. Nur berniqab kerna Allah bukan kerna Iman. Iman, Nur akan berusaha melengkapkan diri saya dalam mencari cinta Allah. Doakan saya.
Berpudah. Bukan mudah bagi sesetengah orang. Banyak halangan yang harus dia dtempuhi. Kekangan daripada keluarga,kawan dan persekitaran. Namun,jangan mudah berputus asa. Itu semua adalah untuk menguji kesungguhan kita. Kita kena kuat dan yakin. Bersabarlah. Sabar itu indah.
Petang tadi chat dengan abang Aqim, thanks abang Aqim sebab bagi adik semangat untuk terus kuat hadapi halangan yang menimpa diri adik dalam melakukan perubahan. Abang Aqim, adik takkan mudah menyerah. insyaALLAH. Suatu hari nanti adik akan berniqab. Kakak bertuah sebab dapat bakal jauz macam abang. Adik doakan abang n kakak dapat bersama sampai ke jannah. insyaALLAH. Abang Aqim, abang bertuah kerna dapat jadi abang angkat Iman dan banyak tahu pasal dia. Abang, pimpinlah bakal zaujah abang sampai ke jannah. Sayangilah dia. Sentiasa berada bersama dia.
Sebenarnya, bila fieza fikir kembali, sejak kenal iman, semangat Nur untuk berniqab semakin menaik. Iman, insyaALLAH, pertemuan kita yang pertama jika diizinkan Allah, Nur akan berniqab saat itu.
Sesungguhnya lagi cantik seseorang perempuan itu jika dia memakai baju labuh dan longgar. Memakai tudung yang labuh dan besar. Memakai sarung kaki dan menutup tangan. Bertambah indah jika seserang wanta ituberbaju kurung ataupun berjubah, memakai jilbab, memakai purdah, menutup kaki dan tangan. Subahanallah. Masyaallah.
Ya ALLAH..! hambaMu ini memohon kekuatan dariMu agar hambaMu kuat menghadapi kekangan yang mendatang dalam perjalanan mencari cinta Mu ya ALLAH. Ya Allah.. Engkau peliharalah daku daripada tersungkur seperti anak2 remaja yang lain. Ya Allah.. pimpinlah hambaMu ini agar dapat menjadi seorang muslimah yang siolehah. Ya Allah.. pegang lah hati ku ini agar istiqamah dalam melakukan perubahan ini. Amiin yaa Allah.
Samapai sini sajalah yaa. insyaAllah. Kita akan berjumpa dalam entry seterusnya. Assalamualaikum..