Saturday 4 May 2013

doa buat insan yang disayangi namun harus ku lepaskan..


Assalamualaikum wbt  dan selamat malam semua.. maaf .. tadi fieza cakap nak update petang kan? Ada kerjalah plak.. hihi.. harap semua reader sihat dan sentiasa dibawah rahmatNya..alhamdulillah, Allah nak tegur fieza mungkin,, Allah bagi fieza sakit kepala yang teramat, muka panas dan merah dan perut yang macam pedih sangat.. alhamdulillah ya ALLAH…
Haa!! Malam ni fieza nak buat entry about “doa buat insan yang disayangi namun harus ku lepaskan” kenapa fieza buat entry pasal ni? Jangan salah faham taw.. fieza buat ni sebab tadi tengah on fb terjumpa status ni.. mesti korang dah biasa dengar..

Pemuda 1: kalau ada insan yang kau sayang suruh kau tinggalkan dia, apa yang kau akan buat?
Pemuda 2: doa
Pemuda 1:doa supaya dia bukakan hati dia untuk kau?
Pemuda 2: a’ah.. doa supaya dia terima aku

Biasa dengar kan? Cuba baca yang satu lagi ni.. biasa dengar tak?

Pemuda 1:kalau ada insan yang kau sayang suruh kau tinggalkan dia, apa yang kau akan buat?
Pemuda 2:doa
Pemuda 1:doa agar dia bukakan hati buat kau?
Pemuda 2:tak
Pemuda 1: dah tu?
Pemuda 2:aku akan doa “ya ALLAH , temukanlah dia dengan seorang yang lebih baik, baik akhlak, iman dan taqwanya. Aku mahu dia gembira. Ya Allah, walaupun bukan kerana aku. Aku mahu dia dicintai dengan selayaknya tidak seperti mana aku mencintainya. Dan aku mahu dia ditemukan dengan seseorang yang melihat dirinya bukan dengan pandangan nafsu  manusia dan syaitan tetapi pandangan-Mu, ya ALLAH”

Pernah anda dengar? Biasa didengari?
Ermm..memang jarang kita dengar situasi yang kedua kan? Fieza pun masa mula-mula jumpa status tu terkedu juga.. jernih-jernih putih mengalir.. teringat pada si dia.. mungkin ini yang patut fieza buat bila dalam keadaan macam tu..memang tak salah pun kalau nak berdoa macam dalam status pertama tetapi bila fieza fikirkan kembali, doa yang kedua pun amat sesuai.. itu maknanya kita redha dengan ketentuanNya..

Fieza akui, memang bukan mudah untuk kita terima semua itu.. tapi bukankan cinta itu bila kita sanggup korbankan perasaan kita demi melihat orang yang kita sayang bahagia bersama orang yang dia sayang? Mungkin orang itu lebih layak dari kita.. mungkin dia lagi pandai menjaga hati  dan lebih menyayangi dari kita.. pada mulanya memang kita sukar, lemah untuk terima semua ini tetapi yakinlah dengan ALLAH….!! Allah ada bersama kita.. berdoa padaNya.. sujud padaNya.. kita akan kuat kerana Allah adalah sumber kekuatan..(^_^)

Mulut memang mudah untuk berkata padahal hati tersangatlah sakit.. lebih-lebih lagi jika dia seorang perempuan.. hatinya mudah rapuh.. mudah tersentuh.. bak kaca.. kan mudah pecah?rapuh bukan? Hatinya selembut kapas..mudah menyerap air…tatkala ini pun ia masih mengalir dank u harap ia bukan airmata yang sia-sia..

Ku cuba kuatkan hati ini untuk terus bersabar.. insyaAllah.. fieza, yakin Allah ada denganmu..ya ALLAH.. hamba tahu ini yang terbaik untuk iman dan agamaku..kuatkanlah aku.. saat ini ku pejem kan mata.. ku mohon kekuatanMU..

Bukan mudah untuk kita lepaskan sesorang dari hidup kita.. orang itu dah cukup kuat melekat dalam ingatan dan hati kita plak tu..tapi kita mesti cuba untuk move on..  ingatlah yang Allah akan hadiahkan pelangi setelah hujan..^_^

Okaylahhhh… sampai disini dulu entry fieza kali ni.. insyAllah.. nanti fieza update lagi.. sahabat sekalian, hargailah orang yang sayang kan kita sebelum dia pergi dari hidup kita..
Be the light, eventhough your own heart is not bright enough

Kalau betul kita sayang pada seseorang, pray for his/her happiness. Doakan dia cepat-cepat kahwin. Bukan doakan yang tak baik seperti minta putus atau apa. Tak elok ketawa atas kesedihan orang lain, kan?

Ana doakan akhi iman berjumpa dengan orang yang lebih baik dari ana..akhi layak dapatkan perempuan macam adik FA akhi.. dia lagi layak.. baik agamanya.. cantik rupanya..ana doakn terbaik untuk akhi.. insyaALLAH..

Sahabat semua,, jom tidur then kita bangun tahajjud padaNya.. tahajjud cinta <3 terima kasih semua atas kesudian melayan entry kali ni.. maaf atas segala kekurangan.. Assalamualaikum wbt..

Melihat awak bahagia cukup buat saya, walaupun saya tak mampu.. saya tetap tersenyum..(^_____________^)

THANKS ALLAH S.W.T FOR A BIG AND HAPPY FAMILY.


ASSALAMUALAIKUM SAHABAT SEMUA..

ALHAMDULILLAH. HARI INI FIEZA MASIH DAPAT MENGISI ENTRY DALAM BLOG CINTA NURIMAN NI.. APA KHABAR SEMUA SAHABAT? HARAP SIHAT YAA.. ALHAMDULILLAH HARI INI KITA MASIH DIBERIKAN PINJAMAN OKSIGEN UNTUK BERNAFAS.. KITA DIHIDUPKAN KEMBALI PADA HARI INI BUKAN UNTUK MENGULANGI KESILAPAN LALU DAN MENAMBAHKAN TIMBANGAN KITA DENGAN DOSA TAPI UNTUK KITA BERATKAN LAGI TIMBANGAN DENGAN AMAL KEPADA ALLAH..


PAGI-PAGI LAGI FIEZA DAH MULA TERSENYUM KERNA ALLAH MENGHANTAR SI DIA YANG BUATKAN FIEZA TERSENYUM BILA MENDENGAR SUARANYA WALAUPUN SEBENARNYA TERASA RISAU SANGAT TENTANG DIA.. HIHI.. HARAP AWAK SIHAT DAN DIPERMUDAHKAN SEGALANYA.. AWAK PEELUKAN REHAT YANG SECUKUPNYA.. JANGANLAH BUAT KERJA SAMPAI MENJEJASKAN KESIHATAN AWAK.. OKEY,, CUKUP PASAL SI DIA.. HIHI.. NANTI KITA CERITA PASAL DIA DALAM ENRTY YANG LAIN PLAK  


YAA,, INSYAALLAH..
ERMM..  FIEZA MENGISI ENTRY KALI NI PASAL KELUARGA FIEZA YANG TERCINTA.. ABAH, MAK, ADIK BERADIK KANDUNG DAN IPAR DAN ANAK-ANAK SAUDARA, MEREKALAH CINTA-CINTA HATI FIEZA..(^_^) PADA TANGGAL 23/4/2013 YANG LEPAS, GENAPLAH 39 TAHUN KELUARGA HARUN & RAHIMAH TERBINA.. MAHLIGAI INI KEKAL UTUH BERDIRI.. ALHAMDULILLAH.. FIEZA ADA 13 ORANG ADIK BERADIK.. 4 ABANG, 6 KAKAK DAN 2 ADIK.. FIEZA ANAK KE 11.. FIEZA PUN DAH ADA 3 ORANG KAKAK IPAR DAN SEORANG ABANG IPAR..*KAKAKKU,, BILA LAH NAK TAMBAH ABANG IPAR NI?? HAISH…HIHI. FIEZA PUN DAH JADI MAK CIK PUN,,, ADUHH.. TERASA TUA.. HIHI.. ANAK SAUDARA DAH 5 ORANG.. RAMAIKAN? ALHAMDULILLAH.. ANUGERAH ALLAH BUAT MAK ABAH FIEZA.. MEMANG KECOH BILA BERKUMPUL.. MASING MASING DENGAN KARENAH YANG MACAM-MACAM..HUHU..


SEJAK DARI LAHIR LAGILAH MEREKA SENTIASA DIHATI.. WALAUPUN DULU KITORANG TAK DA LAH RAPAT MACAM SEKARANG,, TAPI ALHAMDULILLAH… NOW WE ARE VERY CLOSE.. SETIAP DETIK BERSAMA BAGI KAMI SANGAT BERMAKNA.. DULU MEMANG LAH TERASA JUGA SEDIH BILA BERJAUHAN TAPI SEKARANG LAGI TERUK.. BARU  JE DIAORANG PULANG KE TEMPAT MASING-MASING,, HATI DAH SAYU,, MULA RASA RINDUUUU… KADANG-KADANG TU SAMPAI MENITIS AIRMATA BILA DUDUK SORANG-SORANG THEN TERKENANGKAN MEREKA SEMUA..


BERGADUH? BERTENGKAR? TU MEMANG LUMRAH ADIK BERADIK.. MACAM KUCING DAN ANJING TAPI BAK KATA PERIBAHASA MELAYU,, CARIK-CARIK BULU AYAM, AKHIRNYA BERCANTUM JUA..MEMANG KAMI TAK TERLEPAS DARI BERTENGKAR TAPI ITU HANYA SEMENTARA.. PALING LAMA PUN TAK SAMPAI SATU HARI.. HIHI..GADUH-GADUH MANJA.. BILA ADA YANG MERAJUK, PASTI ADA YANG MEMUJUK.. PENING MAK ABAH DENGAN KITA ORANG.. HIHI… MAK ABAH,, NI LAH MAK ABAH ,,BILA BERJAUHAN RINDU, BILA DEKAT MULALAH NAK USIK.. HIHIMAK ABAH MERUPAKAN INSAN YANG TERPENTING DALAM HIDUP KAMI.. TANPA MAK ABAH, MANALAH ADA KAMI.. KEKUATAN MAK ABAH YANG BUAT KAMI MAKIN UTUH KINI..


 “YA ALLAH,ENGKAU PANJANGKANLAH UMUR KEDUA IBU BAPAKU,, PELIHARALAH MEREKA SEPERTI MANA MEREKA MEMELIHARA KU SEJAK KECIL LAGI.. PERMUDAHKANLAH URUSAN MEREKA.. HARAMKAN API NEREKA BAGI MEREKA..BERIKAN MEREKA KESIHATAN..YA ALLAH.. AMPUNILAH MEREKA BERDUA..MEREKALAH INSAN YANG TAK MUNGKIN ADA YANG BISA MENGGANTI.. MEREKA INSAN YANG SANGAT BERMAKNA BAGIKU.. YA ALLAH.. LINDUNGILAH MEREKA DAN JAGAKAN MEREKA BUATKU.....” ALLAHUMA AMIIN..


“YA ALLAH,, MEREKA ADALAH ADIK BERADIK YANG TIADA GANTI DIDUNIA DAN AKHIRAT.. YA ALLAH,, ENGKAU AMPUNILAH MEREKA.. PELIHARALAH MEREKA.. JAGAKAN MEREKA..PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN MEREKA..BERIKAN MEREKA KEBAHAGIAN DAN KEJAYAAN DIDUNIA DAN AKHIRAT.. YA ALLAH.. SALURKANLAH KASIH SAYANGMU BUAT KAMI.. JANGAN PISAHKAN KAMI” ALLAHUMA AMIIN..


MAK ABAH, AND MY SIBLING,, I LOVE U ALL.. ME HEART U ALL.. <3 RINDUKAN MAK.. :’( MAK,, CEPATLAH BALIK.. AKAK RINDU.. SEDAPNYA MAK PI JALAN-JALAN.. HIHI.. HARI NI MAK , ABANG-ABANG AND KAKAK-KAKAK BALIK .. YA ALLAH,, SELAMATKAN PERJALANAN MEREKA..


OKEYYYYLAH.. SAMPAI SINI DULU K? PETANG NANTI FIEZA UPDATE LAGI.. INSYAALLAH.. NAK LEPAS RINDUUUU SEBAB DAH LAMA TAK UPDATE.. NI ADA PELUANG,, JADI BAIK GUNA SEBAIKNYA KAN? SYUKRAN SAHABAT SEMUA YANG SUDI BACA ENTRY YANG ENTAH PAPE NI… HIHI.. ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

  KELUARGA ITU ANUGERAH TERINDAH (^_____,^) <3

BERNIQAB




Assalamualaikum dan selamat malam semua reader. Alhamdulillah.. Malam ini dapat fieza udate satu entry setelah agak lama menyepi.. huhu.. Fuhhhhh!! Berhabuk sudah blog ni kan? Assif jiddan.. haa.. sahaabat semua apa khabar? Harap semuanya sihat dan bahagia disamping orang yang tersayang.. Hihi..
Haa.. korang semua fahamkan dengan title entry kali ni kan? BERNIQAB.. Begitulah titlenya.. Malam ini Fieza akan kongsikan pengalaman Fieza setelah berniqab.. Alhmdulillah, hari ini genap 1bulan 1minggu 4hari Fieza bergelar niqabis.. Pada tanggal keramat 23/3/2013 Fieza telah nekad untuk tuneikan niat  Fieza yang dah lama terpendam dari sudut hati yang paling jauh.. Malam sebelumnya fieza cuba cari kekuatan dengan bermunajat dengan sang Pencipta kita.. Fieza cuba untuk benar-benar cari kepastian dalam satu penghijrahan besar yang bakal fieza ambil ini..Fieza inginkan satu penghijran yang tulus kerana ALLAH..

           Saat pertama kali menyarung purdah, titisan jernih dari mata seorang hamba kerdil ini mengallir bak air hujan.. Mula-mula rintik, lama-lama makin lebat tanpa henti.. Airmata kian membasahi tudung Fieza.. Susah untuk digambarkan perasaan ketika  itu.. Hanya ALLAH yang tahu.. Airmata itulah yang menjadi sakso segalanya.. ALLAHU..  Satu perasan yang aneh tetiba hadir dalam hati ini.. Memag agak lama fieza dalam keadaan macam tu.. Terkaku, terkelu dan hanya airmata jadi teman.. Fieza rasa sangat sayu dan kerdil serta jahil.. Fieza cuba mencari jawapannya..Fieza mohon kekuatan dariNYa.. Fieza cuba bangkit dan terus mengambil wudhu untuk sujud padaNya..

         Fieza mulakan langkah pertama dengan memakai purdah ke kelas PAI yang diadakan oleh ustazah  kerna cuti sekolah sudah bermula… Perasaan time tu hanya Allah yang tahu.. Alhamdulilah.. Penerimaan ustazah dan kawann-kawan tak lah seteruk yang fieza sangkakan..

           Penerimaan ahli keluarga fieza cukup-cukup baik.. Alhamdulillah.. Mereka dapat terima dan layan fieza macam biasa.. Awal bulan empat yang lalu abang Fieza yang ketiga selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya.. Majlis pernikahan berlangsung di Maktab Tentera Bakri, Johor.. Itulah kali pertama fieza jlan jauh dengan berniqab.. Memang ada yang tak suka dan pandang macam fieza ada buat salah tapi fieza tahu itulah ujian yang akan buat fieza makin kuat  dan cekal.. Semasa majlis dirumah fieza pula, ramai juga saudara mara yang terkejut dan tetamu yang macam pelik tapi Alhamdulillah tak ada lah suara-suara yang melemahkan..

         Pada permulaannya memang perit apabila ada beberapa gossip dan khabar angin yang tak sedap didenga.. tapi Alhamdulillah, Allah bersama dengan orang yang bersabarkan? Mula-mula tu memng fieza lemah tapi dengan kekuatan yang Allah bagi melalui solat wajib, tahajjud,, yt-ayat suciNya dan kekuatan dari insan-insan yang fieza sayang,, fieza bangkit dan makin tabah untuk menghadapi segala ujian tk kira berbentuk pujian atau kritikan.. ALLAH……..
      
Eh… dah panjang rupanya.. Tak sedar plak… hihi.. Lenguh pula tangan dan leher ni.. hihi.. banyak lagi nak share tapi malam ni setakat ni dulu.. nsyaALLAH, ada masa dan peluang fieza share lagi ya....(^_____________,^)

Syukran kepada semua yang sudi layan entry fieza yang tak seberapa ni.. kalau sudi, tinggalkan lah comment dan jom bertaaruf. ni fb fieza... http://www.facebook.com/siti.n.haron. hihi.. SElamat Malam Semua.. Jom Tidur.. Assalamualaikum..

             Pujian dan kritikan itu ujian