Assalamualaikum
dan selamat malam semua reader. Alhamdulillah.. Malam ini dapat fieza udate
satu entry setelah agak lama menyepi.. huhu.. Fuhhhhh!! Berhabuk sudah blog ni
kan? Assif jiddan.. haa.. sahaabat semua apa khabar? Harap semuanya sihat dan
bahagia disamping orang yang tersayang.. Hihi..
Haa..
korang semua fahamkan dengan title entry kali ni kan? BERNIQAB.. Begitulah
titlenya.. Malam ini Fieza akan kongsikan pengalaman Fieza setelah berniqab..
Alhmdulillah, hari ini genap 1bulan 1minggu 4hari Fieza bergelar niqabis.. Pada
tanggal keramat 23/3/2013 Fieza telah nekad untuk tuneikan niat Fieza yang dah lama terpendam dari sudut hati
yang paling jauh.. Malam sebelumnya fieza cuba cari kekuatan dengan bermunajat
dengan sang Pencipta kita.. Fieza cuba untuk benar-benar cari kepastian dalam
satu penghijrahan besar yang bakal fieza ambil ini..Fieza inginkan satu
penghijran yang tulus kerana ALLAH..
Saat pertama
kali menyarung purdah, titisan jernih dari mata seorang hamba kerdil ini
mengallir bak air hujan.. Mula-mula rintik, lama-lama makin lebat tanpa henti..
Airmata kian membasahi tudung Fieza.. Susah untuk digambarkan perasaan
ketika itu.. Hanya ALLAH yang tahu..
Airmata itulah yang menjadi sakso segalanya.. ALLAHU.. Satu perasan yang aneh tetiba hadir dalam hati
ini.. Memag agak lama fieza dalam keadaan macam tu.. Terkaku, terkelu dan hanya
airmata jadi teman.. Fieza rasa sangat sayu dan kerdil serta jahil.. Fieza cuba
mencari jawapannya..Fieza mohon kekuatan dariNYa.. Fieza cuba bangkit dan terus
mengambil wudhu untuk sujud padaNya..
Fieza mulakan
langkah pertama dengan memakai purdah ke kelas PAI yang diadakan oleh
ustazah kerna cuti sekolah sudah bermula…
Perasaan time tu hanya Allah yang tahu.. Alhamdulilah.. Penerimaan ustazah dan
kawann-kawan tak lah seteruk yang fieza sangkakan..
Penerimaan ahli
keluarga fieza cukup-cukup baik.. Alhamdulillah.. Mereka dapat terima dan layan
fieza macam biasa.. Awal bulan empat yang lalu abang Fieza yang ketiga selamat
diijab kabulkan dengan pilihan hatinya.. Majlis pernikahan berlangsung di
Maktab Tentera Bakri, Johor.. Itulah kali pertama fieza jlan jauh dengan
berniqab.. Memang ada yang tak suka dan pandang macam fieza ada buat salah tapi
fieza tahu itulah ujian yang akan buat fieza makin kuat dan cekal.. Semasa majlis dirumah fieza pula,
ramai juga saudara mara yang terkejut dan tetamu yang macam pelik tapi Alhamdulillah
tak ada lah suara-suara yang melemahkan..
Pada permulaannya
memang perit apabila ada beberapa gossip dan khabar angin yang tak sedap
didenga.. tapi Alhamdulillah, Allah bersama dengan orang yang bersabarkan? Mula-mula
tu memng fieza lemah tapi dengan kekuatan yang Allah bagi melalui solat wajib,
tahajjud,, yt-ayat suciNya dan kekuatan dari insan-insan yang fieza sayang,,
fieza bangkit dan makin tabah untuk menghadapi segala ujian tk kira berbentuk
pujian atau kritikan.. ALLAH……..
Eh… dah
panjang rupanya.. Tak sedar plak… hihi.. Lenguh pula tangan dan leher ni..
hihi.. banyak lagi nak share tapi malam ni setakat ni dulu.. nsyaALLAH, ada
masa dan peluang fieza share lagi ya....(^_____________,^)
Syukran kepada
semua yang sudi layan entry fieza yang tak seberapa ni.. kalau sudi, tinggalkan
lah comment dan jom bertaaruf. ni fb fieza... http://www.facebook.com/siti.n.haron. hihi.. SElamat Malam Semua.. Jom Tidur..
Assalamualaikum..
Pujian dan kritikan
itu ujian
No comments:
Post a Comment