Saturday, 4 May 2013

doa buat insan yang disayangi namun harus ku lepaskan..


Assalamualaikum wbt  dan selamat malam semua.. maaf .. tadi fieza cakap nak update petang kan? Ada kerjalah plak.. hihi.. harap semua reader sihat dan sentiasa dibawah rahmatNya..alhamdulillah, Allah nak tegur fieza mungkin,, Allah bagi fieza sakit kepala yang teramat, muka panas dan merah dan perut yang macam pedih sangat.. alhamdulillah ya ALLAH…
Haa!! Malam ni fieza nak buat entry about “doa buat insan yang disayangi namun harus ku lepaskan” kenapa fieza buat entry pasal ni? Jangan salah faham taw.. fieza buat ni sebab tadi tengah on fb terjumpa status ni.. mesti korang dah biasa dengar..

Pemuda 1: kalau ada insan yang kau sayang suruh kau tinggalkan dia, apa yang kau akan buat?
Pemuda 2: doa
Pemuda 1:doa supaya dia bukakan hati dia untuk kau?
Pemuda 2: a’ah.. doa supaya dia terima aku

Biasa dengar kan? Cuba baca yang satu lagi ni.. biasa dengar tak?

Pemuda 1:kalau ada insan yang kau sayang suruh kau tinggalkan dia, apa yang kau akan buat?
Pemuda 2:doa
Pemuda 1:doa agar dia bukakan hati buat kau?
Pemuda 2:tak
Pemuda 1: dah tu?
Pemuda 2:aku akan doa “ya ALLAH , temukanlah dia dengan seorang yang lebih baik, baik akhlak, iman dan taqwanya. Aku mahu dia gembira. Ya Allah, walaupun bukan kerana aku. Aku mahu dia dicintai dengan selayaknya tidak seperti mana aku mencintainya. Dan aku mahu dia ditemukan dengan seseorang yang melihat dirinya bukan dengan pandangan nafsu  manusia dan syaitan tetapi pandangan-Mu, ya ALLAH”

Pernah anda dengar? Biasa didengari?
Ermm..memang jarang kita dengar situasi yang kedua kan? Fieza pun masa mula-mula jumpa status tu terkedu juga.. jernih-jernih putih mengalir.. teringat pada si dia.. mungkin ini yang patut fieza buat bila dalam keadaan macam tu..memang tak salah pun kalau nak berdoa macam dalam status pertama tetapi bila fieza fikirkan kembali, doa yang kedua pun amat sesuai.. itu maknanya kita redha dengan ketentuanNya..

Fieza akui, memang bukan mudah untuk kita terima semua itu.. tapi bukankan cinta itu bila kita sanggup korbankan perasaan kita demi melihat orang yang kita sayang bahagia bersama orang yang dia sayang? Mungkin orang itu lebih layak dari kita.. mungkin dia lagi pandai menjaga hati  dan lebih menyayangi dari kita.. pada mulanya memang kita sukar, lemah untuk terima semua ini tetapi yakinlah dengan ALLAH….!! Allah ada bersama kita.. berdoa padaNya.. sujud padaNya.. kita akan kuat kerana Allah adalah sumber kekuatan..(^_^)

Mulut memang mudah untuk berkata padahal hati tersangatlah sakit.. lebih-lebih lagi jika dia seorang perempuan.. hatinya mudah rapuh.. mudah tersentuh.. bak kaca.. kan mudah pecah?rapuh bukan? Hatinya selembut kapas..mudah menyerap air…tatkala ini pun ia masih mengalir dank u harap ia bukan airmata yang sia-sia..

Ku cuba kuatkan hati ini untuk terus bersabar.. insyaAllah.. fieza, yakin Allah ada denganmu..ya ALLAH.. hamba tahu ini yang terbaik untuk iman dan agamaku..kuatkanlah aku.. saat ini ku pejem kan mata.. ku mohon kekuatanMU..

Bukan mudah untuk kita lepaskan sesorang dari hidup kita.. orang itu dah cukup kuat melekat dalam ingatan dan hati kita plak tu..tapi kita mesti cuba untuk move on..  ingatlah yang Allah akan hadiahkan pelangi setelah hujan..^_^

Okaylahhhh… sampai disini dulu entry fieza kali ni.. insyAllah.. nanti fieza update lagi.. sahabat sekalian, hargailah orang yang sayang kan kita sebelum dia pergi dari hidup kita..
Be the light, eventhough your own heart is not bright enough

Kalau betul kita sayang pada seseorang, pray for his/her happiness. Doakan dia cepat-cepat kahwin. Bukan doakan yang tak baik seperti minta putus atau apa. Tak elok ketawa atas kesedihan orang lain, kan?

Ana doakan akhi iman berjumpa dengan orang yang lebih baik dari ana..akhi layak dapatkan perempuan macam adik FA akhi.. dia lagi layak.. baik agamanya.. cantik rupanya..ana doakn terbaik untuk akhi.. insyaALLAH..

Sahabat semua,, jom tidur then kita bangun tahajjud padaNya.. tahajjud cinta <3 terima kasih semua atas kesudian melayan entry kali ni.. maaf atas segala kekurangan.. Assalamualaikum wbt..

Melihat awak bahagia cukup buat saya, walaupun saya tak mampu.. saya tetap tersenyum..(^_____________^)

No comments:

Post a Comment