Saturday, 11 January 2014

BILA HATI BERBICARA..

Assalamualaikum …


Sahabat,
Saat hati ini mula berkata-kata..
Mulut terdiam terkunci..


Sahabat,
Saat ini, hanya airmata yang mampu berbicara..
Saat ini, tiada kata yang terluah..


Sahabat,
Saat ini, diriku terdiam..
Memberi ruang kepadamu..


Sahabat,
Aku diam kerana akal sedang berfikir..
Hati sedang menyusun bait-bait kata…

Sahabat,
Diamku kerana ingin membuat dirimu rasa senang dan tenang..
Tatkala dirimu meluahkan isi hatimu..


Sahabat,
Jika ikutkan hati sahaja,
Kata-kata yang keluar mungkin amat menyakitkan kamu..
Jadi, aku diam seketika untuk biarkan hati dan fikiran sama-sama bebincang..
Sama-sama menyusun bait-bait kata yang lembut dan tidak menyakiti hatimu..

Sahabat,
Jangan salah faham..
Jangan salah tafsir diamku itu..


Sahabat,
Maafkan diriku andai selama ini kehadiranku menyakitkan hatimu..
Maafkan diriku andai ada sikap ku yang merimaskanmu..
Maafkan diriku andai ada terkasar bahasa..
Maafkan diriku andai ada salah dan silap..


Sahabat,
Dirimu sangat ku hargai..
Dirimu amat ku sayangi..
Dirimu amat beerti buatku..


Sahabat,
Dirimu sungguh istimewa..
Dirimu bak permata bukan kaca..
Permata yang menjadi perhiasan yang indah..
Bukan kaca yang menyakitkan..


Sahabat,
Dirimu layak didampingi orang yang hebat kerana kamu hebat..
Dirimu layak dikelilingi orang yang yang baik kerana peribadimu yang indah..


Sahabat,
Ku nukil kan warkah ini..
Ku harap dirimu mengerti kenapa aku bersikap begitu..
Kenapa aku tak mampu luahkan dengan kata-kata..
Kenapa aku tak mampu melepaskan amarah ku..
Kenapa aku tak mampu luahkan isi hatiku kepadamu..
Kenapa akau hanya bias diam..
Diam dan menangis dalam diam..

Sahabat,
Tatkala airmata yang berbicara..
Aku harap engkau mengerti..
Engkau memahaminya..
Engkau antara insan yang teristimewa dalam hidupku..
Takkan ku mampu ungkapkan kata hatiku yang terucap dibibir..
Hanya mampu ku alirkan dengan linangan airmata..

Sahabat,
Maafkan daku atas segla silap,salah dan kekurangan dalam diriku..

Sahabat,
Perasaan daku masih sama…
Tidak pernah berkurang..
Tak mampu untuk daku membencimu..


Ukhti,
Sekali ana sayang..
Ana tetap akan sayang..
Ana takkn membenci.. insyaALLAH..

Ukhti,
Ukhuwah yang terbina ini kerana ALLAH..
Ana menyayangi ukhti kerana sebab yang ALLAH sahaja tahu..
Jadi, ana belum ada sebab untuk tinggalkan dan membencikan ukhti..
Takkan pernah ada sebabnya ukhti..
Kerana ALLAH itu abadi J


Ukhti,
Saling memahami..
Saling menyayangi..
Saling mempercayai..
Saling jujur..
Saling mengambil berat..
Saling berkongsi..
Itulah ramuannya J


Ukhti,
Ana nak bagitahu..
Jika ada sesiapa yang ingin menukarkan enti dengan yang lain..
Ana akan cakap TAK BOLEH..
DAN TAK BOLEH..
TAK BOLEH..
Kerana ALLAH sudah menghadiahkan enti kepada ana..
Walaupun ada yang ingin menggantikan enti..
Walaupun dia lebih baik..
Ana tetap TAK NAK ..
Kerana bagi ana tiada yang lain..
Tiada yang layak..
Tiada yang mampu ganti enti dalam hidup ana..
Tiada sesiapa yang mampu jadi enti..
Ana bersyukur kerana ana diberikan peluang dan kesempatan..
Untuk ana mulakan dan akhiri hidup ana dengan kehadiran enti..
Hubungan antara kita takkan terpisah walau apa pun yang berlaku..
Ikatan yang mengikat kita takkan pernah memisahkan kita J


sisters,
Wiping tears..
Sharing laugh..
Sharing stories..


Sisters,
No one can replace all of you..
Because you all are my best sista before,now and everafter!


Sisters,
Listen to me..
I want to say..
I LOVE U SISTA!



No comments:

Post a Comment