Monday, 13 January 2014

PERPISAHAN DAN PERTEMUAN..

                                                          Assalamualaikum wbt..

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

Semestinya kita biasa dengan ungkapan di atas kan?

Yes..setiap kali kita bertemu kita akan terpisah..

Mungkin akan ada yang bertanya,
Kenapa perlu bertemu kalau dah tahu kan berpisah?
Kenapa perlu berpisah setiap kali ada pertemuan?

Hmmm..berfikir..renungan..

Ha’ah! Ada lagi..
Siapa yang pertemukan?
Siapa yang pisahkan?

Anda tahu jawapannya kan? J

ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA..

Dalam hidup ini,
Lumrah jika setiap pertemuan pasti berlaku perpisahan..
Disebalik pertemuan pasti ada perpisahan yang berlaku..

Bila kita bertemu dengan sesuatu yang baru,
Kita akan berpisah dengan yang lama..

Ish..apalah.. tak setianya..
Mungkin ada yang berkata begitu..
Tapi…..
Jangan marah mereka..
Cuma..
Shhhhh..
Jangan persoalkan setia..
Kerana dalam hidup ini ALLAH dah tetapkan yang setiap kali ada pertemuan pasti ada perpisahan..
Itulah kitaran hidup manusia..
Tetapi,
Hanya dengan manusia dan haiwan..

Sedarkah kita..
Bahawa ada satu perhubungan yang takkan ada perpisahan?

Iya sayang…
Perhubungan dengan ALLAH..
Kita tidak ada istilah break up dengan ALLAH..
Tiada istilah over dengan ALLAH..

Kerana, sebaik sahaja kita wujud dalam rahim ibu..
Disitu bermula hubungan kita dengan Sang Pencipta kita..
Sehinggalah malaikat Izrail datang mengambil nyawa kita..
Tetapi,
Tidak terhenti disitu..
Hubungan kita dengan ALLAH tetap ada sehingga hari pengadilan..
Hinggalah ke syurga atau neraka..

Hubungan kita dan ALLAH tiada pengakhiran..
Sentiasa ada seperti udara..
Sentiasa mengalir seperti air..

Perhubungan kita dengan manusia,
Jika tiada perpisahan..
Kita takkan kenal erti rindu..
Kita takkan rasa erti hargai..
Kita takkan faham erti sayang..

Sahabat,
Perpisahan itu indah..
Sekiranya ia bersulamkan reda..
Diikat dengan doa..
Dimaniskan dengan keikhlasan..

Sahabat,
Maafkan daku jika ada perpisahan yang terjadi daripada pihakku..

Sahabat,
Biarlah jarak yang memisahkan kita..
Tapi,
Jangan lupa titipkan rindu mu dalam doa..

Sahabat,
Daku tak minta pengakhiran ukhuwah kita begini..
Daku harap aka nada pertemuan yang seterusnya denganmu..
Pertemuan yang lebih baik..
Pertemuan yang pasti membuka hati..

Sahabat,
Perpisahan itu mengajar erti matang..
Perpisahan mengajar erti tanggungjawab..

Sahabat,
Sebenarnya tiada istilah perpisahan selamanya antara kita..
Kerana kita tetap saudara seislam..
Walau apa pun yang terjadi..
Kita tetap bersahabat..
Itu janji kita..
Ingat..

PERPISAHAN ITU INDAH..

p/s: credit to someone that give me this idea.. jazakallah.. 

No comments:

Post a Comment