Sunday, 12 January 2014

Alhamdulillah.. BAHAGIA ITU PILIHAN..

Assalamualaikum wbt..

Hampir enam bulan lalu,
Ia terputus ditengah jalan..
Tanpa daku mengerti sebabnya..

Enam bulan..
Bermacam-macam persoalan yang bermain diminda..
Soalan yang daku belum jumpa akan jawapannya..

Persoalan yang daku rasa tepat tekaan ku..
Namun,
Tidak berani untuk mengiyakannya..
Kerana takut akan hadir perasaan yang tak sepatutnya..

Jadi,
Ku diam..
Dan..
Terus mencari..
Berfikir..
Minta petunjukNYA..

Akal kata A..
Hati pun jawab A..
Tetapi,
Kadang-kadang takut jika jawapan soalan-soalan itu adalah B..
Jika b, aku pasti aku tak kuat..

Engkau hadir membawa seribu erti..
Yang tak mampu aku ungkapkan,
Tak mampu aku tafsirkan,
Melalui kata-kata..

Hadirmu bagaikan satu sinar..
Yang selalu menyinari jalanku..
Jalan menuju jannahNya..

Hadirmu sentiasa membuat ku tersedar akan kelalaianku..
Kata-katamu membuat hatiku terpukul..
Bicara yang engkau lafazkan bukan sia-sia..
Penuh dengan maksud yang tersendiri..

Ya ALLAH,
hambaMu yang kerdil ini memohon agar jalan yang ku pilih ini,
bukanlah jalan yang menjauhkan daku dariMu,
tetapi jalan yang mampu membawa daku ke jannahMu,

ya ALLAH,
niat dihatinya satu..
jagalah niat itu agar tak terpesong..
ya.. aku sedar..
niat takkan pernah menghalalkan cara..

ya ALLAH,
jagalah hatiku ini,
daku hanyalah perempuan biasa,
daku punya hati dan perasaan seperti insan lain,
jangan sampai hatiku ini jatuh bukan pada jalanMu..

kamu,
jangan sia-siakan peluang kali ini..
jangan sampai terjatuh ke dalam lubang yang sama..
takut nanti makin sakit kerana lubang itu akan bertambah lagi dalam..

kamu,
jika benar kamu ingin sesuatu..
luahkan..
lafazkan..
tetapi,
biar dengan cara yang tepat..
bukan cara yang salah..
jangan lakukan kesilapan yang sama..

kamu,
jangan sakiti hati kamu..
jangan sakitkan hati orang lain..

kamu,
bahagia itu satu pilihan..
maka, buat lah pilihan sama ada kamu ingin bahagia atau sebaliknya..

kamu,
bahagia itu akan datang jika kamu mencarinya..
bahagia itu milik semua orang yang bersandar pada yang satu..
ALLAH AZZA WA JALA..

Kamu,
Mari kita sebarkan bahagia..
Bahagia membahagiakan..

Kamu,
Kita harus bahagia untuk bahagia kan insan lain..
Jangan kamu terlalu pegang dengan kata-kata..
“aku bahagia jika melihat dia bahagia, walaupun aku tanggung derita”

Kamu,
Itu satu pembohongan..
Kamu tahu itu?
Jangan jadi zalim pada diri sendiri..

Kamu,
Hati itu amanah ALLAH..
Diri itu amanah ALLAH..
Jangan main-main..

Kamu,
Bahagialah dahulu..
Pasti..
Kamu mampu bahagiakan insan lain disekeliling kamu..
Hanya dengan sebuah senyuman..
Kerana SENYUM ITU SATU JANGKITAN..
Jangkitan yang baik..
Jangkitan yang hebat..
Senyum tak perlukan sebab..

Sahabat,

SMILE IS SUNNAH..

2 comments: